Cara Ibu Bapa Melapor Murid Tidak Hadir

Langkah yang dilalui ibu bapa: cari nama anak, pilih sebab, semak dan sahkan.

Halaman ini untuk ibu bapa. Ia terbuka tanpa log masuk melalui pautan kelas. Gambar di bawah menggunakan sekolah dan murid contoh.

  1. Buka pautan kelas. Paparan menunjukkan nama sekolah, kelas dan Tarikh laporan.

  2. Taip mana-mana bahagian nama anak, contohnya "Far" atau "hana", dan tekan Cari.

  3. Pilih nama anak di bawah Pilih nama anak.

  4. Pilih Sebab tidak hadir. Sesetengah sebab meminta maklumat tambahan, contohnya "Sakit apa?". Kemudian tekan Semak dan hantar.

  5. Semak maklumat pada tetingkap Sahkan ketidakhadiran, kemudian tekan Sahkan. Gunakan Semak semula untuk membetulkan.

  6. Mesej Berjaya direkodkan dipaparkan bersama butiran laporan.

Masalah biasa

Nama anak tidak dijumpai.
Semak ejaan atau cuba bahagian nama yang lain. Pastikan pautan ialah pautan kelas anak.
Halaman memaparkan "Kiosk ditutup hari ini" atau "Kiosk tidak tersedia".
Kiosk tidak dibuka untuk kelas atau tarikh ini. Hubungi guru kelas.

Panduan berkaitan

Tidak menjumpai jawapan? Cari di Pusat Bantuan atau lihat Soalan Lazim.